kaki karut
hapelahni...namo tok seweet lasong (gaye ore klate kecek)...
sweet tak sweet kesah la~
asal aku bahagia orang lain punya cerita tak perlu masuk dalam aku punya belog..
nak tahu cerita orang lain sila ke belog orang lain sekian terima kasih..
tak berapa ngam dengan belog ini sila tekan tikus anda dan layarilah belog orang lain..
*ayat cam ramai jerkk yang nak bace belog kepunyaan aku nih* (>_<)
blog ni lain sikit dari blog aku yang lagi satu..yang ni tak private yang ni public
yang pasti yang tetap sama ialah pemilik dan penulis blog dan
kedua-dua blog aku digunakan sebagai tampat untuk meluahkan perasaan....aku.
hanya perasaan aku! orang lain punya perasaan kemungkinan besar
tidak akan ada kaitan dengan aku.
kalau tidak senang dan tidak seronok dan tidak menarik untuk dibaca
sila tutup dan pergilah buat sesuatu yang lebih berfaedah.
tak nak lah pulak nanti blog ini jadi suatu yang melalaikan orang lain..
kalau free dan rasa cam diri tu tak berapa nak ada kerja
boleh lah nak nengok nengok blog ni.bukannya ada ape pown..
blog ni baru umur berapa hari...
cerita dalam blog ni mungkin akan ada kaitan dengan sang pembaca nanti..
mana lah tahu kan.~
yang boleh dibuat pengajaran tu boleh lah kongsi tappiiiiiiii
kalau yang buruk tu sila tutup mata anda dan skip ke bahagian seterusnya.
kalau adalah yang terkait sikit sikit itu mungkin hanya satu kebetulan.
saya mintak maaf kalau ada yang akan terasa, tersinggung,
terminitiskan air mata sesape nanti..manalah tahu kan. wallahualam.
bukannya ape baik ngaku awal awal, isi kandungan blog ni nanti
kemungkinan akan ada sedikit ekstrim... hehe bukan ekstrim ape pown
just, aku ni darah cepat panas sikit..kat luar memang sabar tapi dalam hati
Tuhan jer yang tahu betapa berdosa nya aku..ngehngehngeh.
jadi satu satu nya tempat untuk hati aku bercakap adalah blog
satu satu nya tempat untuk aku jadi aku hanyalah di blog
satu satu nya tempat yang paling hati aku boleh jujur dengan diri sendiri
setakat ni pun juga blog (selain dari masa solatlah)
kalau tak de blog ni dah lame agaknya aku kena jumpe psychiatrist..
huhu bahaya pendam perasaan tapi kalau jadi jujur sangat nanti tertusuk hati orang
aku pulak yang hidup tak tenang..itu lah perangai aku.
bila aku rasa orang tu tak suka or sakit hati dengan aku sebab salah aku
memang rasa tak tenang berhari hari duk pikir benda sama..
so, baiklah aku luah jer kat blog..at least boleh sensored kan name orang tersebut.. hehehe
mata sudah kuyu..katil sedang memanggil..otak dah bersiap sedia untuk shut down. nite!