Fitnah - Aku Manusia Hina

4:58:00 PM

Fitnah itu Dosa
Dosa itu bekal ke neraka
Neraka itu Jahannam,

Jarang tertulis..Islamic post.
Bukan tak mahu...
Aku kenal diri ini..
Iman nya kecil...hati nya gelap...Dosa nya tek terhitungkan.

Tapi..aku yang hina ini masih tahu Dosa dan Pahala.. In Syaa Allah
Dulu aku jahil..cakap ikut apa yang keluar dari mulut.
Masa..ilmu..pengalaman jadikan aku lebih dewasa.
Perangai budak.. Akal sudah dewasa. walaupun taknak.. -__- [hahahaahaha realiti sucks]

******************

Fitnah ni terlalu senang untuk diperkata..
terlalu senang untuk terkait..hendak/tidak, sedar/tidak

mula dengan cerita,
terbawa bawa hingga ke termengumpat.
mula dengan spekulasi,
terbawa bawa ke buruk sangka.
Apa yang tidak membawa faedah jangan dicerita ceritik pesan Nabi s.w.a
Senyap lebih baik pesan Nabi...
tapi kita manusia..degil sifatnya..jahil zahirnya.
Tak bermaksud berubah itu mustahil..
Tuntutlah ilmu...wahyu pertama Nabi kita.
Ilmu dan amal mampu jadikan kita lebih baik.

Kasihan mereka yang memfitnah.
Sesungguhnya aku juga manusia. Sabarku ada tahapnya..
Buruk nama baik keluargaku dicerita ceritik..
Kerana apa?! Kerana duniawi?!..

"Mendabik dada, Aku baik. Tiada salah dan silap!!"

dek kerana harta...dek kerana harta. Seluruh alam harus tahu aku baik dan "engkau" jahat...
Imannya di mana?? Baiknya di mana?? Pahalanya dimana??

Kemaafan lebih baik dari membenci..
tapi aku insan yang lemah.
Benci itu tidak. Maaf juga tidak.

Cukuplah...
Tuhan Maha Mengetahui.

You Might Also Like

0 comments

****

****