Kagum Sungguh

12:58:00 AM

-__________-
saya sangat penat dan mengantuk
tapi saya nak sangat hapdate post ni dek kerana rasa yang sangat bangga dengan seseorang.

umur baru nak mencecah 10 tahun t
kiranya dalam darjah 3 nak masuk darjah 4 la ni.
im absofrigginlutely blown away by her.
me during this time of age tengah sibuk panjat pokok, main perang2 (sorry ak xlayan main masak2 Ooopss) masuk Dapur memang jauh sekali. means masuk nak tolong masak ke basuh pinggan ke. Memang Tak!
bukan tanak tapiiii hentah memang tak de maknanya lah masa tu. maybe sebab anak bongsu kot. mak aku asyik tak payah la masuk dapur serabut mengacau, tak payah nak rajin sangat pergi main jauh2 (kang sekarang pun dah suka main2) huhu sorry Bonda. bukan salahmu ku jadi begini.
Tapi budak Ni yang aku jumpa masa pergi rumah orang korbankan kambing kat kampung hape hentah. kesimpulannya, aku jumpa dia kat situ la cucu orang tu ase nya. budak perrempuan ni kakak pada dua orang adik which gave me slap in the face first, bila dia tegur adik dia sebab buat bising main depan2 tetamu, aku macam okayyyyyyy macam orang besar dah dia maybe sebab dia kakak. but then, masuk la pulak kat dapur umah orang ni (apa ke jadah hentah pegi masuk dapur rumah orang). termasok la lebih kurang, aku tengok dia tengah sibuk tolong mak dia kat dapur. aku pun mencelahlakan "bagusnya dia, kecik2 dah rajin tolong mak. pandai pulak tu buat keje" tetiba mak dia cakap dia dah pandai siang ikan ayam n masak. dia memang dah biasa buat keje dapur. hambik KAU~ cam kena slap kat muka. teerkejut kot. bagi orang lain biasa lah kot. bagi aku memang sangat mengagum kan! Amazing yo. aku masa umur belasan pun terkial-kial lagi siang ayam ngan ikan. pandai okies cuma slow.(aku memang lembab pun so xpelah kan). 
then mak dia cakap lagi, kalau pandai belajar sampai masuk uni tapi xpandai buat keje dapur baik tak payah. buat malu jer. sekali lagi rasa kena slap. adoiiiiiiiiii~ huhuhuhus entap uolsss

betullah kata pepatah:

lentur buluh biar dari rebungnya.
see the result. Dek kerana mak dia didik dia dari kecil dah pandai buat keje, hormat orang tua, tak main koksir kokdam (hahaha bahasa kelantan so kalau ada ke'curious'an sila google).

You Might Also Like

0 comments

****

****