1 JAM 44 MINIT

8:55:00 AM

andai ku tahu kapan tiba ajalku
ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umur ku
andai ku tahu kapan tiba masaku
ku akan memohon tuhan Kau jangan ambil nyawaku
aku takut akan semua dosa dosaku
aku takut dosa yang terus membayangiku
andai ku tahu malaikat Mu kan menjemput ku
izinkan aku mengucap kata taubat padaMu
aku takut akan semua dosa dosa ku
aku takut dosa yang terus membayangi ku
ampuni aku dari segala dosa dosa ku
ampuni aku menangis aku bertaubat padaMu
aku manusia yang takut neraka
namun aku juga tak pantas di syurga
andai ku tahu kapan bila ajalku
izinkan aku mengucap kata taubat padaMu
aku takut akan semua dosa dosa ku
aku takut akan dosa yang terus membayangi ku

*************
aku yakin andailah iman itu boleh diukur
iman aku takkan lebih lebarnya dari seutas benang takkan panjang sepanjang segulung benang
dan andailah dosa itu boleh diukur
aku yakin dosa aku lebih besar dari gunung-ganang dan lebih panjang dari jalan-jalan tak berpenghujung
*************
orang kata setiap tahun kena ada azam supaya diri lebih baik
aku tak pernah berazam "andai malaikatMu datang menjemputku tahun ini, aku takut tetapi aku redha dan bersedia untuk berjumpaMu"
orang kata kita akan rindu kekasih hati dan tak sanggup berjauhan
tetapi aku sentiasa melupakan kekasih yang Satu bahkan takut jika aku dipanggil berjumpaMu.
orang kata bila kita sayang, semua yang dia nak kita turuti
tapi aku, semua yang Kau nak aku lewa-lewakan

Bila datangnya ujian..perih jerih rasa
Kejahilan dalam diri mula berleluasa
mempersoalkan kenapa..mengapa
Banyak sangat kah dosa?
Andai Yang Maha Esa disebelahku..ku yakin Engkau akan menjawab "Ya banyak tapi sayangKu lebih besar dari dosamu. Maka aku turun kan ujian kerana Aku rindukan kau."
Tapi betapa matinya hati
betapa jahilnya akal
tidak dapat melihat sebenar benar kebenaran.
**************
Engkau berfirman
Muhammad bersabda
satu hari kiamat seribu tahun dunia
**************
Akal diberi dan diguna
dikiralah satu jam empat puluh empat minit
masa diberi untuk mengumpul amal
kukuhkan iman
**************
Sepanjang 60 tahun hidup manusia
Setiap minit itu beramalkah kita?
kenalkah siapa tuhan kita?
1 jam 44 minitkah masaku?
Dimana aku nanti?
**************
Mati itu pasti
**************
Ajarlah hati untuk takut hanya kepada Allah
ajarlah hati untuk mengejar hanya cinta Allah
ajarlah hati untuk cukup hanya dengan Allah

Ampuni Aku!
Aku takut dengan semua dosa dosa ku.



::one of the longest thread I've wrote.tahniah. dan tahniah kepada sesiapa yang tabah dan tawadduq baca sampai habis::











You Might Also Like

0 comments

****

****