simple tapi dalam maksudnya

9:44:00 PM

    Kalau kita tengok dari satu sudut hidup ni tampak simple jer.. hari bermula dengan fajar subuh, kemudian siang menjengah, then petang, tahu-tahu dah gelap gelita. hari-hari macam tu jer. takde tempat kat dunia ni, takde siang takde malam. in other words siang sepanjang masa or malam sepanjang masa. TIDAK ADA ye harap maklum! yang beza cuma ada setengah tempat malam nya pangjang, dan ada siang nya panjang. simple je kan. kalau tak cerah, gelap. only two option. ye lah mendung tu lain cite la kan.. still boleh dikategori kan cerah laaa kan , dah kalau boleh nampak lagi muka kawan kita yang kat sebelah, bukannya nampak gigi yang berbaris cantik tu je. 

    Sama jugak dalam Islam, kita hanya diberi dua pilihan buat atau tak buat; halal atau haram. simple tak payah fikir panjang-panjang ada dua choices jer. Sapa cakap Islam tu complicated? nampak tak simplicity dia tu? you just need to choose either one jeer. kalau pilih buat pahalalah ganjarannya, kalau pilih tanak buat dosa lah yang kita dapat. very straight forward~ apa yang susahnya kan. bukan nya ada pilihan sampai empat A.B.C.D pun. dua jerrrrr. kita masuk syurga ke, kita nak masuk  neraka. dua jugak pilihannya. So, ape yang susah kan... senang jer...
    Tapi persoalannya sekarang kenapa ramai sangat manusia yang tak namapak ke'simple'an ini? tak payah cakap manusia lain la. contoh paling dekat diri aku sendiri. nak kata aku tak tahu..Tahu! belajar, dididik sejak kecil dengan nilai Islam. persoalan seterusnya, kenapa ramai sangat manusia sekarang pilih tanak buat? lagi pelik...contoh paling simple jugak aku bagi, kenapa tanak pergi Haji muda-muda ni? Jawapan: sebab muda lagi, nanti dah pergi Haji kena berubah..tak sedia lagi la. Takut. Emm setahu aku lah fardhu Haji ni rukun Islam kelima. kalau dah ada harta wajib tunai kan. Tade lah pulak aku belajar yang Haji ni untuk orang bila tua saja wajib tunai kan. Dan setahu aku jugaklah kan orang zaman sekarang ni takde lah fakir sangat...lagipun ramai yang dah belajar sampai puncak menara gading hentah kepuncak alam mana lagi kan. gaji starting standard untuk degree sekarang RM 2500, kalau starting kat Petronas RM5000. Tak kan tak boleh simpan duit untuk Haji kot? it just depend on us nak buat, tanak buat. Contoh yang lagiiii simple, nak tutup aurat atau tanak tutup aurat? kalau ikut ilmu yang ada di dada ni mestilah dengan penuh yakin aku akan jawab mestilah nak tutup aurat! simple je soalan dan simple jugaklah jawapan aku.. tapi perasan atau tak kita buat tu kerana apa? kerana Allah atau kerana disuruh atau kerana adat? 
    Persolaan ketiga kenapa orang tutup aurat litup tetap buat zina? [tak kiralah zina apa pun,zina tetap zina]. Ya, memang manusia itu tak ada yang sempurna  lebih-lebih lagi zaman teknologi sekarang ni. zina mata, zina telinga tu kita tolak tepi dulu. yang zina fitrah ni acane lah pulak? ada yang sekolah Agama sejak kecil, pakai tudung labuh bagai, tapi tahu-tahu perut buncit. aku bukan nak kodem sesape ke ape yer. ni just ape yang aku selalu baca dan apa yang selalu terjadi di persekitaran aku. Nauzubillah  mintak selisih malaikat 44... jangan lah aku jadi macam ni kan. kalau tanak buat yang ni memang betul. 
    Persoalan- persoalan ni banyak bermain di fikiran aku. sampai kadang-kadang aku pun terpalit sekali dengan antara betul atau salah. Kadang-kadang aku sendiri takut, takut aku menghalalkan yang haram, dan mengharamkan yang halal. oleh kerana ape?kerana dunia. kerana nak hidup senang kat dunia, sebab bila buat benda haram ni Ya Allah! Tuhan je tahu betapa senang nya.  

You Might Also Like

0 comments

****

****